Inisiatif tanggungjawab sosial korporat Pacific Senior Living bersinar semasa sambutan Hari Raya

Klang, 24 April 2024 – Pacific Senior Living, sebuah peneraju kediaman premium dibantu dan berdikari serta perkhidmatan  pusat jagaan harian warga emas (Silver Club), baru – baru ini telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bersama pihak media bertempat di Silver Club, Acacia, Pacific Senior Living.

Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Pacific Senior Living. Encik Mutalib Ahmad, sambutan tersebut merupakan saat yang sangat bermakna dimana ia telah menjadi pentas untuk menandakan komitmen organisasi tersebut kepada hubungan komuniti  melalui inisiatif  Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Perayaan Rumah Terbuka Hari Raya ini mempamerkan unsur misi kami – untuk mewujudkan persekitaran dimana kesemua individu dihargai juga disayangi.”

“Program CSR kami ini merupakan misi teras kami, dan majlis seperti ini  memberikan  kami  ruang  untuk  mempamerkan   dedikasi  kami  untuk  menghargai  dan  memupuk semangat kebersamaan,” katanya.

Kemuncak acara tersebut adalah perkongsian video menayangkan sebuah persafahaman terjalin diantara Pacific Senior Living dan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahaddah, iaitu rumah kepada 120 kanak- kanak yang kurang bernasib baik. Inisiatif ini membuktikan komitmen  tidak berbelah bahagi pihak Pacific Senior Living bagi menghargai masyarakat setempat  dan memupuk perhubungan erat merentas generasi.

Ujarnya lagi, semasa perayaan di Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah, Pacific Senior Living bersemangat meraikan bersama kanak-kanak dengan pelbagai upacara meriah dan bermurah hati memberikan mereka pek sambutan Hari Raya.

Jelasnya, usaha murni ini bertujuan bagi mengukir senyuman dan kemesraan buat kanak- kanak, dalam masa yang sama menjalinkan sifat  kebersamaan  dan mencipta  memori indah bersama diantara mereka dan wakil dari Pacific Senior Living.

Dalam pada itu,Ketua Pegawai Eksekutif  &  Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Pacific Senior Living, Dr. Ramnan Jeyasingam berkata, acara seperti ini merupakan tunjang kepada misi kami bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk kami dan  juga masyarakat setempat.

“Melalui inisiatif seperti program CSR, kami berhasrat untuk mewujudkan  persekitaran  yang  sihat  dan  berdaya  saing dimana  semua orang merasa  dihargai  dan dihormati. Kami berbangga untuk menjadi sebahagian dari komuniti yang mengutamakan sifat mulia dan kasih sayang.”

“Kanak-kanak ini merasa sangat gembira dengan suasana Hari Raya yang begitu  meriah dengan adanya aktiviti  seperti  sukaneka, dendangan muzik hari raya berserta  juadah yang menyelerakan. Semestinya majlis ini telah membuka ruang pemahaman terhadap pentingnya  budaya yang memfokuskan terhadap komuniti, dan dalam masa yang sama ia menunjukkan keprihatinan Pacific Senior Living terhadap penjagaan warga tua,” kata Dr Ramnan.

Majlis ini merupakan ikrar berterusan Pacific Senior Living yang berdedikasi bagi membantu dan sentiasa bersedia  bagi  memberikan  perkhidmatan   yang  terbaik dalam  masa yang  sama meningkatkan  mutu kehidupan penduduk dan masyarakat secara keseluruhannya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pacific Senior Living dan komitmennya terhadap penjagaan warga emas, sila layari https://pacificseniorliving.com.my.

Selain itu, Pacific Senior Living menjemput orang ramai untuk menjadualkan lawatan ke kediaman sulung yang dibina khas dan dibantu, Acacia, Pacific Senior Living untuk mengalami persekitaran luar biasa yang mereka cipta untuk kehidupan warga emas. Ikuti perkembangan  terkini  tentang  acara, dan  segala tawaran  dengan  mengikuti  Pacific Senior Living diInstagram dan Facebook.

Source: https://suara.tv/24/04/2024/inisiatif-tanggungjawab-sosial-korporat-pacific-senior-living-bersinar-semasa-sambutan-hari-raya/

Share the Post: