Am : Lebih 20 Penghuni Di Psl @acacia Selepas Dibuka Tahun Lepas

KLANG, 24 April (Bernama) — Pacific Senior Living (PSL) @Acacia sebuah kediaman komuniti warga emas yang menampilkan suasana resort di Malaysia kini mempunyai 20 penghuni selepas dilancarkan pada November tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim dan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan PSL Sdn Bhd., Dr J. Ramnan berkata pihaknya komited memberi tumpuan dalam menyediakan penjagaan kesihatan warga emas yang komprehensif.

Katanya, ini dapat dibuktikan menerusi langkah melengkapi kesemua 136 bilik di kediaman itu dengan kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas.

“Ini satu pencapaian agak baik selepas majlis perasmian pembukaan kediaman yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya bersama media yang turut dihadiri Ketua Pegawai Pembangunan PSL, Mutalib Ahmad di sini hari ini.

Beliau berkata kediaman itu menampilkan pilihan bilik Superior, Eksekutif dan Premier dengan harga perginapan bermula RM8,500 sebulan.

Sementara itu, salah seorang penduduk, Sharon Lee Soo Sin, 68, berkata bahawa penginapan selama sebulan di Acacia amat menyenangkan serta menyegarkan.

“Saya bersyukur dan kagum dengan pasukan yang hebat. Semua petugas terlatih,berdedikasi, komited, penyayang, penuh kasih sayang, menyenangkan, ceria, sabar dan ada yang bersedia melakukan lebih dari yang diperlukan.

“Mereka menganggap kami seperti keluarga besar, bapa dan ibu saudara atau datuk nenek mereka, dengan penuh hormat dan bermaruah dan bukan sebagai pelanggan. Sikap penyayang, positif dan penuh kasih mereka akan memberi pengaruh dan impak kepada penduduk. Ini membuat perubahan nyata dalam kehidupan mereka.

“ Sangat menggalakkan, memberi keselesaan dan menaikkan semangat. Sebab utama penduduk berada di sini ialah mereka perlu dibantu menjalani kehidupan dengan penjagaan, masalah kesihatan atau memerlukan penjagaan atau rawatan pemulihan.

“ Saya sangat mengesyorkan Acacia kepada semua yang memerlukan bantuan dan penjagaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai PSL @Acacia dengan melayari  www.pacificseniorliving.com.my dan mengunjungi laman media sosial Pacific Senior Living di Instagram dan Facebook. 

— BERNAMA

Source: https://www.carikini.com/am-lebih-20-penghuni-di-psl-acacia-selepas-dibuka-tahun-lepas-81135.html

Share the Post: