LEBIH 20 PENGHUNI DI ACACIA BY PACIFICSENIOR LIVING SELEPAS DIBUKA TAHUNLEPAS

KLANG, 24 April (Bernama) – Acacia by Pacific Senior Living sebuah kediaman komuniti warga emas yang menampilkan suasana resort di Malaysia kini mempunyai 20 penghuni selepas dilancarkan pada November tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim dan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Pacific Senior Living Sdn Bhd., Dr J. Ramnan berkata pihaknya komited memberi tumpuan dalam menyediakan penjagaan kesihatan warga emas yang komprehensif.

Katanya, ini dapat dibuktikan menerusi langkah melengkapi kesemua 136 bilik di kediaman itu dengan kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas.

“Ini satu pencapaian agak baik selepas majlis perasmian pembukaan kediaman yang telah disempurnakan Oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya bersama media yang turut dihadiri Ketua Pegawai Pembangunan Pacific Senior Living, Mutalib Ahmad di sini hari ini.

Beliau berkata kediaman itu menampilkan pilihan bilik Superior, Eksekutif dan Premier dengan harga perginapan bermula RM8,500 sebulan.

Source: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2291220

Share the Post: